Guru digalak kongsi tandas murid, pantau kebersihan bersama


  • Massa
  • Selasa, 18 Mac 2025

Warga pendidik digalakkan untuk berkongsi tandas dengan murid bagi memantau kebersihan bersama. — Gambar hiasan

BAGI memantau kebersihan dan fasiliti tandas di sekolah, seorang pengetua menggalakkan agar ia diguna pakai bersama oleh pihak guru dan murid.

Cadangan itu dilontarkan oleh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Kahang Timur, Kluang, Johor, Zulkifli Md Pungot yang menganggap ia sebagai langkah terbaik melindungi tandas sekolah.

Jelasnya, perkara itu telah lama dipraktikkan di sekolahnya dan berharap ia dapat diselaraskan di serata negara.

BACA LAGI: [VIDEO] Kena kejar peronda hampir 7km, 2 lelaki positif dadah ditahan halang tugas polis di Muar

BACA LAGI: Bimbang Terminal Gombak ‘senasib’ TBS, jadi port tidur warga asing, kebersihan ‘out’

"Pentadbir dan guru sekolah digalakkan guna tandas murid seperti apa yang kami lakukan di sini," ujarnya ringkas di laman Facebook pada Selasa.

Tanpa disangka, perkara itu turut menjadi ikutan beberapa guru di sekolah lain yang rata-ratanya menyokong idea tersebut.

Menyifatkan ia sebagai langkah proaktif dalam melindungi harta benda sekolah, kemudahan tandas khususnya antara yang perlu dijaga bersama oleh seluruh warga pendidik mahupun pelajar.

"Saya memang selalu gunakan tandas murid, dengan cara ini saya dapat pantau keadaan dan kebersihan tandas sekolah setiap hari," kata Zaidon Dullah.

"Sekolah saya tiada tandas khas untuk guru atau murid, hanya ada tandas lelaki dan perempuan cuma bila guru guna murid tak berani masuk sebab tak boleh main dalam dalam tu," ujar Ryoma Echizen.

"Saya memang akan guna tandas murid, ini cara guru menilai keadaan tandas di sekolah, elok kalau semua pun ikut sama langkah ini," tambah Haron Risdan.

Terdahulu, Zulkifli menjadi topik bualan hangat media tempatan apabila sanggup menduduki semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 subjek Matematik dan Bahasa Inggeris bagi memberi dorongan kepada anak bongsunya.

Bukan kali pertama melakukan perkara sedemikian, warga pendidik itu juga pernah menjadi calon SPM bagi subjek Matematik pada 2016 dengan anak sulungnya, Puteri Nur Nabilah, 23, yang kini penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram