
SENTIASA tampil unik dan kreatif menjelang Aidilfitri, kerjasama penduduk di kediaman flat Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang menghias kaki lima bangunan itu meraih pujian ramai.
Sarat dengan lampu hiasan bertemakan Hari Raya Aidilfitri, bangunan 16 tingkat itu dipenuhi dengan cahaya berwarna-warni sekali gus menjadikan pemandangan di situ cukup meriah.
Bukan kali pertama, muafakat ditampilkan penduduk di kediaman flat berkenaan sudah menjadi kelaziman dan aktiviti saban tahun bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri kelak.
BACA LAGI: 'Balik Kampung' antara 3 lagu wajib hiasi Aidilfitri walaupun tiada perkataan ‘raya’
BACA LAGI:
Perkongsian video tular dimuat naik di laman X (Twitter) pada Ahad, jelas memaparkan keindahan flat Kampung Melayu Pulau Pinang yang jelas mengubah landskap pemandangan di sekitar kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, warga maya menggesa agar pihak kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) tampil menyokong segala program dianjurkan penduduk flat terbabit.
Bagaikan simbolik kepada penyatuan masyarakat di negeri terbabit, perkara itu disarankan agar menjadi ikutan di kediaman flat lain.
"Kerajaan negeri kena sokong program flat ni sebab dorang paling sakan apa-apa event pun, kalah KLCC meriah dia," kata Shahirrahim.
"Aku tengok video ni terus tahu Pulau Pinang, bukan nak puji ke apa tapi PBT sana memang bagus, buat kerja pantas, teruskan usaha," kata Aryyaff.
"Mohon PBT dan kerajaan negeri sokong idea ni ke flat lain, biar semua bersatu hati hias rumah jadi menarik raya Aidilfitri setiap tahun," tambah Amiinyasin.
Tahun lalu, flat berkenaan turut menjadi bualan hangat di laman sosial apabila mengadakan pertunjukan bunga api di samping hiasan lampu bercahaya menjelang Aidilfitri.
Ikoniknya perkara itu, ia sentiasa dinanti-nantikan masyarakat bukan sahaja di Pulau Pinang malah seluruh negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram