
SEORANG individu lelaki berhati mulia apabila mendermakan baju Melayu terpakai secara percuma di Johor pada Khamis.
Terkesan dengan bencana banjir yang melanda beberapa daerah negeri terbabit baru-baru ini, pemuda dikenali sebagai Muhamad Mufarizam itu mengambil peluang untuk bersedekah sambil beramal kepada penduduk terjejas di kawasan berkenaant.
Mengadakan sebuah kempen dinamakan 'Free Market baju Melayu', lima lokasi bazar Ramadan di Segamat dan Labis menjadi destinasi pemuda itu tampil menghulur bantuan kepada insan memerlukan.
BACA LAGI: [VIDEO] Berbuka puasa dalam hutan, guru pedalaman tempuh laluan berliku mengajar di Gua Musang
BACA LAGI: [VIDEO] Banjir Johor: 'Terima kasih PDRM, semoga dipertemukan lailatul qadar kamu semua'
Muhamad Mufarizam menjalankan sebuah kempen derma baju Melayu di daerah Segamat dan Labis, Johor.
"Selama lima hari saya buat kempen ni di daerah Segamat dan Labis, 10 hari terakhir Insya-ALLAH saya buka percuma sahaja.
"Doakan ya semua semoga dipermudahkan, kecil bagi kita, besar bagi mereka," ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Menerusi hantaran video dimuat naik, kempen tersebut didatangi ramai individu bukan sahaja dalam kalangan umat Islam, malah pelbagai bangsa dan agama lain turut tidak terkecuali mendapatkan baju percuma itu.
Seorang wanita berkerusi roda dipercayai warga Orang Kurang Upaya turut kelihatan memilih baju Melayu bersama suaminya pada kempen tersebut.
Meraih perkongsian ramai di laman sosial, rata-ratanya memuji keprihatinan individu berkenaan dalam membantu golongan kurang bernasib baik menjelang Aidilfitri ini.
Malah, ramai juga yang berhajat untuk tampil menyumbang baju Melayu terpakai untuk didermakan pada kempen terbabit.
"Saya ada nak sumbang baju raya, semua berjenama dan masih elok lagi macam mana ya," kata Nuyu.
"Macam mana nak sumbang ya, saya ada banyak baju kurung arwah mak saya masih elok dan cantik lagi, sekurang-kurangnya dapat bantu yang memerlukan," ujar Farrah.
"Syukur terima kasih orang baik, kalau dekat dah lama saya sumbang baju juga, ambil peluang Ramadan tahun ni untuk bersedekah pada mangsa banjir di Johor," tambah Farhan Aqil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram