
PEREDARAN dunia digital kini banyak melahirkan golongan pempengaruh yang kreatif menghasilkan video dan perkongsian maklumat di laman sosial.
Kian menjadi ikutan dan trend masyarakat, perkara itu turut mencetuskan perbalahan warga maya apabila segelintir daripadanya dilihat melampaui batas dalam berkarya.
Perkongsian video seorang individu pempengaruh di Facebook baru-baru ini menjadi bualan hangat apabila didakwa sengaja mempersenda agama Islam.
BACA LAGI: [VIDEO] Berbuka puasa dalam hutan, guru pedalaman tempuh laluan berliku mengajar di Gua Musang
Berpakaian telekung sambil menari, individu dipercayai lelaki itu disyaki sengaja mencetuskan elemen seram di sebuah masjid.
Perkongsian video tular itu dibanjiri kecaman ramai yang menyifatkan ia sebagai salah satu penghinaan terhadap masyarakat Islam.
"Yang mempermainkan solat tu mesti akan dapat murka ALLAH, nak melawak sampai menghina solat, semoga dapat balasan setimpal," kata Al Alonso Al Rossi.
"Makin menjadi-jadi, kena ambil tindakan pada orang yang suka persenda agama Islam, makin ramai yang buat benda mengarut," ujar Saraaron Aira.
"Zaman sekarang pempengaruh nak viral sampai sanggup jual diri buat macam-macam, malukan diri dan agama," tambah Kim Khan.
"Bukan bahan ketawa nak dibuat main dalam masjid ni, hati-hati jangan sampai perbuatan makan diri sendiri," jelas Hamidin.
Pun begitu, lokasi sebenar kejadian tidak dikongsikan namun, ia dipercayai di salah sebuah masjid ibu negara.
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Facebook Prem Esaan yang memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap Islam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pukul 9.34 malam Khamis selepas hantaran berkenaan tular di media sosial.
Pemilik akaun terbabit didakwa membuat kenyataan berunsur penghinaan ke atas umat Islam, ALLAH dan kitab suci al-Quran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram