
MENJELANG 10 Ramadan terakhir, kerajaan Terengganu mengharamkan segala aktiviti persembahan pemuzik jalanan ataupun 'busking'.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, larangan itu berkuat kuasa Khamis hingga 30 Mac, bertujuan menghormati dan memelihara kesucian 10 malam terakhir Ramadan.
BACA LAGI: 'Artis SN Legacy bukan pakai kabel', Umairah janji tampil kelainan berbanding TokTi
BACA LAGI: Lambakan platform media sosial, program realiti TV masih relevan jika nak jadi artis
“Arahan ini telah dimaklumkan kepada semua pemilik premis perniagaan dan pasar raya yang menganjurkan persembahan busking di seluruh Terengganu.
“Selain itu, surat telah dihantar kepada semua penganjur bazar Ramadan, festival moreh dan bazar Aidilfitri di seluruh negeri,” katanya.
Tambahnya, mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan.
Terdahulu, Terengganu mewajibkan semua persembahan muzik jalanan hanya boleh diadakan selepas solat tarawih dengan pemilihan lagu terhad kepada tema keagamaan.
Selain itu, hanya penyanyi lelaki dibenarkan membuat persembahan, manakala wanita dilarang sama sekali menyertai aktiviti tersebut. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram