Tabung Haji umum dividen 3.25 peratus, tertinggi dalam tempoh 7 tahun


  • Primer
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Lembaga Tabung Haji mencatatkan dividen sebanyak 3.25 peratus tertinggi dalam tempoh 7 tahun.

LEMBAGA Tabung Haji mengumumkan pengagihan keuntungan sebanyak 3.25 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2024. 

Ia sekali gus mencatatkan agihan dengan kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, jumlah agihan keuntungan berjumlah RM2.92 bilion, memanfaatkan lebih 9.54 juta pendeposit Tabung Haji.

“Kadar ini dicapai selepas mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.5775 peratus (RM99.35 juta),” katanya pada sidang media mengumumkan kadar agihan keuntungan Tabung Haji bagi tahun kewangan 2024 pada Jumaat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

MENYUSUL..