
LAPANGAN Terbang Beni Gurion di tanah haram Israel mengalami kemusnahan teruk akibat serangan peluru berpandu dilancarkan kumpulan Houthi Yaman pada Khamis.
Tentera Israel mengesahkan kejadian dengan peluru berpandu tersebut gagal dipintas pihaknya ketika kejadian.
Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata, pihaknya melancarkan serangan terbabit ke arah lapangan terbang selain turut menggerakkan sepasukan tentera ke kawasan berkenaan.
Ujarnya, Houthi turut menyasarkan kapal perang Amerika Syarikat (AS), termasuk kapal pengangkut pesawat USS Harry Truman di Laut Merah dengan pelbagai roket dan dron dilancarkan ketika kejadian.
Telaviv bölgesinin güneyinde siyonist düşmana ait bir askeri hedef başarı ile vuran Yemen'in "Filistin-2" tipi hipersonik balistik füzesi...
Demir Kubbe hava savunması füzeyi engelleyemiyor.
Nasılda süzülüyor iki gözümün çiçeği... pic.twitter.com/CewXVPpZ2W
— Metin Tekin (@metintekin_47) March 20, 2025
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan direkodkan akibat letusan peluru berpandu tersebut.
Terdahulu, seramai sembilan warga Yaman dilaporkan tercedera akibat serangan udara AS pada Rabu.
Ia susulan lebih 60 serangan udara dilancarkan AS ke atas Yaman sejak Sabtu lalu yang telah mengorbankan lebih 50 mangsa dan berpuluh individu cedera parah.
Dalam pada itu, peperangan antara dua negara itu tercetus sejak 2023 apabila Houthi menyerang kapal Israel yang memasuki kawasan Laut Merah Arab sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan Palestin.
Kumpulan itu menghentikan serangan apabila gencatan senjata Gaza diisytiharkan pada Januari lalu sebelum sekali lagi melancarkan serangan sebaik Israel mengenakan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza awal bulan Mac lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram