[VIDEO] Tidur mati punya pasal, isteri panggil bomba buka pintu rumah di Pulau Pinang


  • Tular
  • Rabu, 19 Mac 2025

Pihak bomba (kiri) cuba membuka pintu rumah wanita tersebut yang terkunci.

SEORANG wanita terpaksa berdepan situasi aneh buat dirinya apabila perlu memanggil anggota bomba dan penyelamat untuk memasuki rumahnya sendiri di Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian Penang Kini, video oleh Mamyra menunjukkan kejadian berlaku di Seberang Baru ketika waktu siang.

Dalam perkongsian itu, wanita itu dikatakan cuba menghubungi anak-anaknya di rumah namun tidak menerima sebarang respons.

BACA LAGI: [VIDEO] Berbuka puasa dalam hutan, guru pedalaman tempuh laluan berliku mengajar di Gua Musang

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat muat naik status, staf MAS hilang ketika memancing di bawah jambatan Klang

Bimbang akan keselamatan dan anak-anak di rumah, wanita itu kemudiannya menelefon bomba untuk membolehkan pintu rumah dibuka agar dia dapat memasuki kediamannya sendiri.

"Anak-beranak tidur sampai tak sedar, isteri panggilkan bomba tolong bukakan pintu, risau kalau jadi apa-apa," tulis kapsyen pada video berkenaan.

Mujur buat wanita tersebut, tiada sebarang kejadian tidak diingini menimpa anak-anaknya dengan mereka semuanya tidur dalam keadaan lena.

Melihat kepada situasi tersebut, ramai menasihatkan agar ibu bapa menyediakan kunci pendua sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka.

"Saya pastikan kunci pendua sentiasa dibawa dalam kereta. Rumah kecil saja, tapi manusia di dalamnya tidur mati. Baik bawa kunci pendua apabila keluar," kata Siti Mariam.

"Kenapa tak ada kunci rumah pendua? Kalau kes kecemasan macam mana?," soal Fahiza Ab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram