
BUAT julung kalinya Suria FM mempersembahkan sebuah drama raya berkonsepkan isu kesihatan mental yang berjudul ‘Hayati’.
Istimewanya drama raya tahun ini, Suria FM mengangkat nilai kekeluargaan bukan dari golongan biasa, tetapi lebih menumpukan kepada kumpulan pesakit mental ataupun untuk mengajak penonton bersama-sama menghargai insan kurang bernasib baik itu.
Berkisahkan tragedi kemalangan yang mengubah kehidupan individu, kejadian tersebut memaksa mereka melalui perjalanan penyembuhan yang penuh cabaran berliku.
BACA LAGI: 'Artis SN Legacy bukan pakai kabel', Umairah janji tampil kelainan berbanding TokTi
BACA LAGI: Lambakan platform media sosial, program realiti TV masih relevan jika nak jadi artis
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid, 49, ataupun DJ Lin berkata, ia merupakan drama raya ketujuh diterbitkan sejak 2019.
“Penghasilan drama raya tahun ini merupakan projek terbesar yang pernah dihasilkan dari sudut skala dan tempoh penggambaran di lokasi.
“Drama ini menjalani penggambaran selama tujuh hari di sekitar Lembah Klang, dengan sebahagian besar babak dirakam pada waktu malam hingga ke awal pagi.
“Antara cabaran terbesar adalah penggambaran melibatkan babak bas yang memerlukan masa selama tiga hari untuk diselesaikan selain keadaan cuaca yang tidak menentu juga memberi cabaran kepada kami,” katanya pada majlis sidang media yang berlangsung di Mutiara Damansara pada Rabu.
DJ Lin ketika majlis sidang media yang berlangsung di Mutiara Damansara pada Rabu.
DJ Lin ketika berucap pada sidang media yang berlangsung di hotel Royal Chulan, Mutiara Damansara pada Rabu.
Mulai menuai idea dan skrip drama sejak September 2024, penggambaran drama itu dijalankan sekitar bulan lalu di beberapa lokasi ibu negara.
Selain barisan penyampai Suria, drama berkenaan turut dibintangi pelakon popular, Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Anas Ridzuan dan Hawra Jamalullail.
‘Hayati’ akan mula ditayangkan di Facebook Suria FM dan di You Tube Suria TV, pada Khamis bermula pukul 12 tengahari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram