
BERNAUNG di bawah pengurusan syarikat milik Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi meningkat naik Ummi Umairah, 14 yakin kariernya mampu melonjak naik seiring reputasi Biduanita Negara itu.
Jelas remaja yang mesra disapa Umai itu, dia sama sekali tidak menganggap hubungan persaudaraan menjadi kelebihan buatnya untuk terus diserap sebagai artis pertama di bawah SN Legacy Sdn Bhd.
Merupakan anak saudara kepada Siti Nurhaliza, Umai enggan terlalu mendabik dada dengan pencapaian itu sebaliknya mahu membuktikan dirinya mampu membawakan kelainan dalam industri.
BACA LAGI: Bukan lagi bawah naungan Luncai Emas, Margasatwa serlah budaya Terengganu menerusi 'Dalam Kotok'
BACA LAGI: Lama tak dengar khabar, Najwa Latif rupanya pensyarah Bahasa Inggeris UiTM Dengkil
"Saya bukan pakai kabel ya, memang dinilai sendiri oleh Mak Iti (Siti Nurhaliza), walaupun bawah syarikat mak saudara sendiri, tiada keistimewaan pun buat saya.
"Nak sama hebat macam Mak Iti tu mungkin tidak sebab semua orang tahu memang itu gelaran penyanyi nombor satu negara, tapi saya ada kelainan tersendiri.
"Range vokal saya tak setinggi artis hebat lain seperti Aina Abdul, Nadeera Zaini tapi bersesuaian dengan lagu dan konsep muzik balada saya minati," katanya kepada Majoriti.
@akakviu Memang sedappp @umai. dan ibunya @sitisairahtarudin #masingmasing #penyanyi #malaysia @umairah original sound - Akak Viu
Bercita lanjut soal lagu dan naskhah pertamanya di bawah naungan SN Legacy, Umai baru selesai merakamkan sebuah single raya khas menjelang aidilfitri kelak.
Jelasnya, lagu itu bakal menjadi debut dan pengenalan dirinya dalam industri muzik tanah air.
"Lagu raya saya baru selesai rakamkan, insya-ALLAH tak lama lagi akan dikongsikan menjelang raya nanti.
"Lepas itu baru akan buat lagu yang ain, semuanya dah ada dalam perancangan cuma akan disiarkan mengikut perancangan syarikat rakaman.
"Lagi pun saya masih bersekolah dan jadual kena seimbang juga dengan pelajaran, cuti hujung minggu memang saya akan aktif dengan nyanyian tapi selain itu pelajaran jadi keutamaan," tambahnya.
Umai ketika memenangi pertandingan WCOPA di Amerika Syarikat tahun lalu.
Terdahulu, Umai mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila memenangi pingat emas pada pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat tahun lalu.
Penyanyi berbakat itu memenangi kategori 2024 Junior Championship Vocalist dengan menewaskan empat peserta lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram