Gempa bumi landa pantai barat Sumatera, 10 negeri termasuk Selangor, Johor rasa gegaran


  • Massa
  • Selasa, 18 Mac 2025

Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala magnitud melanda pantai barat Sumatera Utara, Indonesia.

GEGARAN dirasai di Malaysia selepas gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala magnitud melanda pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia sekitar pukul 6.22 pagi Selasa.

Menurut Jabatan Meteorologi (METMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dan terletak di 41 km timur Sibolga, Indonesia.

BACA LAGI: [VIDEO] Kena kejar peronda hampir 7km, 2 lelaki positif dadah ditahan halang tugas polis di Muar

BACA LAGI: [VIDEO] Sembunyi dalam kedai lepas rempuh remaja, polis Muar nafi pemandu mabuk, bawah pengaruh dadah

Sebanyak 10 negeri terkesan dengan gempa bumi tersebut iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun perkara itu tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram