
SUSPEK lelaki ditembak mati di Besut, Terengganu awal pagi Ahad disahkan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, lelaki berusia 31 tahun dari Pasir Puteh, Kelantan itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah, ugutan jenayah, pecah rumah, curi dan samun bersenjata.
Kejadian berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
BACA LAGI: [VIDEO] Dikepung 5 kereta mewah, mat moto lunyai diserang geng samseng di Klang
BACA LAGI: Juadah tongmo diikat tali rafia cetus kebimbangan, KKM digesa pantau bazar Ramadan di Kota Bharu
“Ketika usaha dilakukan untuk menahan kenderaan untuk pemeriksaan, suspek tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.
"Polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri sehingga tiada lagi tembakan berbalas.
"Setelah memeriksa kenderaan itu, mereka mendapati suspek sudah mati," katanya.
Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol berwarna coklat bersama majalah dan beberapa butir peluru hidup di kerusi pemandu.
Sebuah bungkusan hitam mengandungi pil kuda dan satu beg plastik lutsinar disyaki berisi syabu tujut dijumpai dianggarkan bernilai RM29,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Tambahnya, kes itu tiada kaitan dengan kejadian membabitkan tiga penjenayah warga asing yang mati ditembak di Desa Vista, Sepang, Selangor, pada Jumaat.
Mohd Khairi menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian itu yang boleh mengganggu siasatan.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Effie Ezral Mohd Izham di talian 014-805 2884 atau tampil ke balai polis berhampiran. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram