KPM umum 3 hari cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri


  • Primer
  • Jumaat, 07 Mac 2025

KPM mengumumkan peruntukan cuti sekolah tambahan sebanyak tiga hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2025. — Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan peruntukan cuti sekolah tambahan sebanyak tiga hari sempena Hari Raya Aidilfitri bagi sesi akademik 2025/2026.

Pemberian cuti itu diberikan bagi memudahkan pihak terbabit termasuk guru, pelajar dan ibu bapa untuk membuat persiapan hari raya.

Berdasarkan maklumat dikongsikan di laman sesawang KPM, ia diperuntukan untuk dua kelompok iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung sebelum pitam, 2 penunggang motor maut dirempuh remaja langgar lampu isyarat merah di Senawang

BACA LAGI: [VIDEO] 'Takpe cikgu teman, cikgu ada', guru muda tukar cara mengajar bantu pelajar lawan rasa takut dalam kelas

Tarikh cuti tambahan yang ditetapkan KPM.

"Kumpulan A adalah untuk Kedah, Kelantan dan Terengganu iaitu pada 30 Mac, 2 dan 3 April 2025.

"Manakala, Kumpulan B terdiri daripada Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

"Tarikh bagi Kumpulan B pula adalah pada 2 hingga 4 April 2025," katanya. 

Sementara itu, umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac nanti mengikut kalendar 2025 tertakluk pada perubahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram