Cabar imaginasi anak-anak, immersify KL menjanjikan teknologi simulasi maya bertaraf dunia


  • Relaks
  • Isnin, 10 Feb 2025

Teknologi simulasi maya, dicipta dengan unjuran berdefinisi tinggi (termasuk LED, seni pemasangan dan interaktif) dan audio spatial 3D bakal mewarnai mata pengunjung.

SEBELUM musim cuti sekolah berakhir, bawa anak-anak ke pameran immersify KL yang telahpun membuka pintunya sejak 28 Februari lepas.

pelbagai dimensi yang mengasyikkan dan satu pengalaman luar biasa kepada pengunjung pada 28 Februari 2025.

Acara kali ini menjanjikan tarikan pertama yang lain daripada yang lain di Malaysia dan Asia Tenggara, merangkumi ruang 30,000 kaki persegi bersama 11 kawasan yang mempersonakan. Ini termasuk zon 360 darjah yang pertama di Malaysia dengan ketinggian 12 meter.

Tayangan atau siaran bertaraf dunia itu sesuai dengan semua lapisan peringkat usia dengan paparan immersify Kuala Lumpur yang digarap dari Korea Selatan.

BACA LAGI: Tiada istilah lelong lawan JDT, kami pun ada maruah — Badrul Afzan

BACA LAGI: Nostalgia Piala Malaysia musim 2014 gamit memori Fandi, Sri Pahang

Immersify Kuala Lumpur menawarkan teknologi simulasi maya, dicipta dengan unjuran berdefinisi tinggi (termasuk LED, seni pemasangan dan interaktif) dan audio spatial 3D.

NST Cover - 900 x 646 - 2025-01-27T190348

Immersify Kuala Lumpur akan The Labs, sebagai hab hiburan kreatif di Pusat Bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Selaras dengan kedudukannya sebagai pusat pendidikan serta hiburan berteknologi tinggi, acara tersebut terletak di lokasi tingkat bawah The Labs, sebagai hab hiburan kreatif di Pusat Bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Projek usahasama Bitgrim Immersify Group Sdn Bhd dengan Eco World Development Group Bhd itu membawa kandungan dan teknologi bertaraf dunia dari Korea Selatan ke Malaysia.

Ia menampilkan simulasi maya yang realistik dan mengujakan menerusi teknologi terkini seperti persembahan keajaiban alam semula jadi, melalui kreativiti yang memaparkan sentuhan identiti dan warna-warni budaya Malaysia.

1.0_MM_TREE

Persembahan mengasyikkan akan dipaparkan dengan imaginasi, emosi dan keseronokan dengan unjuran cahaya serta bunyi yang mempesona.

Setiap pengunjung pasti akan membuka minda dan menyegarkan imaginasi, emosi dan keseronokan dengan unjuran cahaya serta bunyi yang mempesona dalam menghasilkan visual yang menarik dan irama yang menenangkan.

Selain itu, gabungan penceritaan Korea Selatan dengan kreativiti yang luar biasa, immersify Kuala Lumpur adalah titik pertemuan naratif berwibawa bersama seni inovatif.

Disatukan dengan kepelbagaian budaya Malaysia yang cerminan sebenar Malaysia sebagai “Truly Asia”, gabungan teknologi berdefinisi tinggi dan seni itu mampu mengangkat kepelbagaian budaya dan warisan negara.

D1.6_MM_WHALE (1)

Persembahan melangkaui imaginasi yang penuh dengan kesenian budaya dari lensa baru dan semarakkan emosi dalam eksplorasi seni 360 darjah.

Malah, ia menjanjikan satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan, iaitu dengan perjalanan yang melangkaui imaginasi yang penuh dengan kesenian budaya dari lensa baru dan semarakkan emosi dalam eksplorasi seni 360 darjah.

Jangan terlepas, sebuah kafe khas yang bertemakan “Seni Bercahaya, Ilham Citarasa” turut mengajak pengunjung berehat dengan hidangan lazat dan minuman menyegarkan, sambil menonton paparan di skrin yang merakamkan visual dan keajaiban immersify Kuala Lumpur.

Tarikan baru ini bakal memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di mana pengunjung akan menerokai pameran multimedia yang menakjubkan.

Maka, rancang perjalanan anda dan dapatkan promosi tiket pra-pelancaran bermula pada 10 Februari 2025 sehingga 27 Februari 2025, maklumat lanjut layari laman web rasmi www.immersifykl.com. Alami tarikan yang paling unik di Malaysia! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram