Rahman Bibit hilang, kali terakhir dilihat di stesen KTM Kajang


  • 112
  • Rabu, 05 Mac 2025

Rahman Bibit yang hilang dan kali terakhir dilihat di Stesen Komuter Kajang pada Isnin lalu. — Polis Kajang

SEORANG warga emas lelaki dilaporkan hilang di Kajang, Selangor sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mangsa, Rahman Bibit kali terakhir dilihat berhampiran Stesen Komuter (KTM) Kajang kira-kira pukul 11.20 pagi Isnin.

BACA LAGI: 'ALLAH pinjamkan Muhammad Darwisy sekejap', bayi lelaki Baddrol Bakhtiar meninggal dunia

BACA LAGI: Awas gejala endometriosis, mampu jadi musuh senyap wanita, risiko sukar hamil

Beliau berkata, mangsa memakai baju-T jingga dan seluar slack hitam.

"Laporan orang hilang dibuat kira-kira pukul 12.05 pagi Selasa, " katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. 

Beliau juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mangsa hilang untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram