Kes HFMD meningkat di Pulau Pinang, 1,484 kes libatkan kanak-kanak bawah 6 tahun


  • Primer
  • Selasa, 04 Mac 2025

HFMD kerap dialami oleh kanak-kanak. — Gambar hiasan

SEBANYAK 1,954 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di George Town, Pulau Pinang dalam tempoh lapan minggu pertama tahun ini. 

Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil langkah pencegahan dan kawalan bagi mengelakkan penularannya.  

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, kebanyakan kes melibatkan kanak-kanak berusia bawah enam tahun yang merupakan golongan paling terjejas.  

BACA LAGI: Keputusan pertuduhan ibu bapa Zayn Rayyan ditetapkan 4 Mac

BACA LAGI: Guru terdengar ibu Zayn Rayyan jerit 'ini salah mummy' sehari lepas dilaporkan hilang

state health exco Daniel Gooi Zi Sen.( October 27, 2024 ) — LIM BENG TATT/The Star

Daniel

"Terdapat peningkatan kes HFMD di Pulau Pinang sebanyak 12.8 peratus pada minggu terakhir, iaitu daripada 171 kes pada minggu ketujuh kepada 193 kes pada minggu kelapan tahun ini.  

"Kebanyakan kes berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah, dengan jumlah 1,484 kes bersamaan 75.94 peratus. Manakala, kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun merekodkan sebanyak 359 kes (18.37 peratus).

"Namun, jangkitan ini berpunca daripada virus Coxsackie A16 (CA16) dan Coxsackie A6 (CA6) yang kebiasaannya hanya menyebabkan gejala ringan," katanya pada Selasa.  

Daniel turut memaklumkan bahawa setakat ini, tiada kes HFMD yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau mengakibatkan kematian.  

Tambah beliau, pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan taska dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya wabak HFMD, terutamanya jika dua atau lebih kes direkodkan dalam satu kawasan berkaitan secara epidemiologi.  

"Daripada 37 wabak yang dilaporkan, sebanyak 75.7 peratus berlaku di taska, tadika dan prasekolah. Sebanyak 21.6 peratus berlaku di sekolah rendah, manakala 2.7 peratus lagi melibatkan pusat jagaan kanak-kanak," katanya.  

Bagi memutuskan rantaian jangkitan HFMD di negeri terbabit, pihak JKNPP mengambil tindakan dengan menjalankan pemeriksaan dan menutup premis yang terlibat.

Selain itu, aktiviti pembasmian kuman secara menyeluruh turut dilakukan di sekitar premis taska, tadika dan prasekolah termasuk peralatan permainan dan bahan pembelajaran. 

Sebagai makluman, menurut Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM), penularan wabak HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (gelembung cecair pada kulit) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Simptom-simptom HFMD:

1. Demam

2. Ulser di mulut

3. Ruam

4. Lepuh tapak tangan dan kaki

Justeru, ibu bapa perlu memantau gerak-geri anak-anak bagi mengelak daripada terkena wabak ini melalui:

1. Kerap basuh tangan dengan air bersih dan sabun. 

2. Elak kongsi barangan peribadi.

3. Cuci semua alat permainan dan permukaan meja, kerusi dan lantai sekurang-kurangnya dua kali sehari.

4. Tidak membawa anak bergejala ke tempat awam — The Star/LO TERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram