
NAMA tonggak tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Hong Wan sudah lama tidak kedengaran dengan kali terakhir pemain itu tampil menyarung jersi Harimau Selatan adalah ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ALCE) menentang Shanghai Port pada 18 September 2024.
Ada laporan mengatakan pemain warisan Malaysia-England berkenaan kini dalam keadaan tidak pasti untuk kembali beraksi selepas dilaporkan mengalami kecederaan yang berpunca dari luar padang.
Kecederaan berkenaan menjadi misteri kerana ia bukan berpunca daripada tindakan di atas padang, sebaliknya lebih kepada insiden luar padang yang tidak dijelaskan secara terperinci.
BACA LAGI: Fandi pasrah hilang khidmat Kpah, mula cari resipi baharu berdepan JDT
BACA LAGI: Jalil Elias selangkah pulang ke San Lorenzo, gaji ditanggung penuh JDT
Selepas hampir enam bulan tanpa khabar berita, nama pemain berusia 25 tahun itu kembali menjadi topik perbualan penyokong selepas Hong Wan mendapat pujian daripada bek tengah West Ham United, Max Kilman.
Pemain berusia 27 tahun tersebut pernah menjadi rakan sepasukan Hong Wan apabila kedua-duanya pernah menyarung jersi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers dari 2019 hingga 2021.
Dalam satu temu bual bersama Stadium Astro, bekas ketua pasukan Wolverhampton itu mengingati kemahiran teknikal yang dimiliki Hong Wan ketika aksi menentang skuad remaja Manchester City.
“Ya, dia (Hong Wan) cukup bagus dari segi kawalan bola. Saya masih ingat dia beraksi menentang Manchester City dan dia memang melakukan satu tugas yang sangat bagus,” katanya memetik video dimuat naik Stadium Astro.
From Wolvesto the Southern Tigers
Max Kilmanshares his experience playing alongside one of our own in Hong Wan
Watch the full interview now on Stadium Astro's YouTube channel!#AstroEPL #MaximilianKilman pic.twitter.com/KY4JRAA0R5
— Stadium Astro(@stadiumastro) March 1, 2025
Untuk rekod, Hong Wan menyertai Harimau Selatan pada Jun 2021 selepas dilepaskan Wolverhampton. Sejak musim itu, Hong Wan sememangnya memainkan peranan penting buat skuad Harimau Selatan, iaitu mematahkan setiap serangan pihak lawan.
Kebolehannya untuk memintas hantaran selain melakukan kekasaran merupakan aset utama dimilikinya meskipun Hong Wan pernah beberapa kali dikritik atas kesukarannya mencipta serangan buat pasukan.
Bagaimanapun, musim 2024/2025 seolah-olah bukan musim terbaik buatnya ekoran kecederaan dialami itu. Keadaan itu menyaksikan Hong Wan hanya tampil dalam 13 perlawanan termasuk satu aksi ACLE. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram