[VIDEO] 'Bila dah kena sita kau buat content lagu sedih', peniaga dikritik berniaga tak ikut saluran lepas gerai disita DBKL


  • Massa
  • Selasa, 04 Mac 2025

DBKL menyita barangan oleh peniaga yang menjual di kawasan yang tidak sepatutnya.

MEMASUKI bulan Ramadan, menjadi kelaziman untuk pelbagai bazar diadakan di pelbagai tempat untuk menjual juadah berbuka puasa.

Di ibu negara, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan banyak tapak gerai jualan bazar Ramadan buat peniaga tempatan melakukan urus niaga sepanjang bulan mulia ini.

Namun begitu, masih lagi ada peniaga yang tetap berdegil cuba melawan arus dengan berniaga di tempat tidak sepatutnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Walau ulang-alik ke hospital, Fatimah tetap tarawih, air mata tak berhenti mengalir ketika mengaji al-Quran

BACA LAGI: Diterima bekerja kerana cantik, mana lebih penting bijak atau rupa paras menawan?

Tular di media sosial apabila pihak DBKL menyita alatan berniaga segelintir peniaga selepas didapat berniaga di tempat yang sepatutnya hingga menganggu laluan pejalan kaki.

Dari sudut peniaga yang terkesan, mereka terasa seperti dianiaya kerana niat sekadar ingin mencari rezeki pada bulan mulia.

"Bulan baik, bulan barakah, kami nak cari makan sikit untuk sara hidup keluarga kami. Mana sikap perikemanusiaan pihak berkuasa?," soal peniaga terkesan itu.

Akan tetapi, dakwaan mengatakan pihak berkuasa tidak berperikemanusiaan itu ditepis semula dengan hujah mengatakan DBKL sudah menawarkan tapak berniaga di bazar Ramadan sejak Disember 2024.

"Haritu masa DBKL buka tawaran lot tapak bazar Ramadan kau tak nak mohon. Lepas tu datang jauh-jauh mari tempat orang nak meniaga pacak-pacak. Bila dah kena sita kau buat content lagu sedih.

"DBKL buka tawaran lot tapak bazar Ramadan bermula Disember 2024. Kemudian, tawaran kedua dibuka pada Februari 2025 selepas ada peniaga yang menolak tapak.

"Peniaga yang setuju akan membawa sewa disertakan cagaran. Mereka turut diwajibkan mengambil suntikan demam kepialu (typhoid) serta mendaftarkan setiap pekerja mereka," kata laman Ameno World di Facebook.

Sebagai rekod, untuk tahun ini, DBKL mengenakan caj sewaan tapak serendah RM500 kepada peniaga bazar Ramadan.

Tindakan itu sekali gus mencantas kegiatan 'orang tengah' yang menyewakan tapak tersebut sehingga menjadi ribuan ringgit pada tahun-tahun sebelumnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram