
SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun ditimpa malang apabila dia diserang oleh sekumpulan anjing liar di Kampung Dedek, Langkawi, Kedah pada Sabtu.
Kejadian itu berlaku semasa kanak-kanak lelaki itu berada berdekatan dengan rumah dengan sekumpulan anjing liar menyerangnya pada sekitar 10.30 pagi.
Ia menyebabkan kecederaan teruk di kepala serta luka-luka di seluruh badannya.
BACA LAGI: Guru lelaki dituduh ada hubungan dengan murid 12 tahun di Dengkil
BACA LAGI: Gaduh ketika pertarungan MMA, 11 dibebaskan dengan jaminan polis
Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, sebaik saja kanak-kanak itu diserang oleh sekumpulan anjing liar, ibu mangsa terus membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Insiden itu berlaku berdekatan rumah mangsa dan kawasan perkuburan berdekatan. Dia dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
"Ibu mangsa dan pihak hospital kemudiannya melakukan laporan polis berkenaan insiden tersebut," katanya.
Sebelum ini, tular perkhabaran mengenai kanak-kanak tersebut di media sosial yang menunjukkan mangsa terduduk dengan berlumuran darah akibat diserang anjing liar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram