
KESETIAAN dalam bola sepak moden merupakan satu perkara yang mahal. Masa kini, pemain lebih cenderung berpindah ke pelbagai kelab sebaik saja menerima tawaran lebih baik.
Namun begitu, ia tidak bermakna kesetiaan sudah tiada dalam bola sepak. Malah, di Liga Super, masih ada pemain yang setia bersama sesebuah kelab untuk tempoh lama melebihi 10 tahun.
Jika di England, pemain-pemain ini sudah layak menerima satu perlawanan 'testimonial' bagi meraikan kesetiaan mereka bersama kelab diwakili.
Bagaimana pula di Malaysia, siapa yang layak bergelar pemain paling setia?
BACA LAGI: 'Rumors' ke Iran mula senyap, Arif Aiman dipetik bakal berkelana ke Korea Selatan
Rawilson Batuil
Nama pertahanan ini semestinya cukup dikenali dalam kalangan penyokong Sabah FC kerana Rawilson Batuil sudah bersama mereka dengan cukup lama.
Pertahanan tengah itu menyertai Sabah sejak 2014 dan terus kekal bersama-sama Sang Badak sehingga sekarang.
Rawilson bersama Sabah ketika senang dan susah.
Rawilson bersama Sabah ketika senang dan susah. Malah, bersama Sabah, dia berjaya menikmati peluang beraksi untuk skuad kebangsaan apabila dia melakukan penampilan tunggal buat Malaysia September 2018.
Kesetiaan Rawilson bersama Sabah terbalas apabila dia merangkul gelaran Liga Premier 2019 sekali gus membawa kelab itu ke Liga Super.
Farizal Marlias
Dianggap sebagai penjaga gol terbaik Malaysia di era moden, Farizal Marlias mencipta nama di mana saja kelab dia sertai.
Baik di Perlis, Selangor FC atau Negeri Sembilan, Farizal tetap cemerlang. Namun, masanya pasti diingati apabila bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).
Farizal Marlias sudah menang segalanya bersama JDT.
Bersama Harimau Selatan, Farizal mencipta pelbagai kejayaan apabila merangkul pelbagai gelaran domestik seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia termasuklah Piala AFC pada 2015.
Walaupun peranannya dalam skuad tidak begitu besar sekarang, namun legasinya pasti akan dikenang oleh penyokong JDT sampai bila-bila.
Azam Azih
Seorang lagi legenda dalam bola sepak Malaysia adalah pemain tengah Sri Pahang FC iaitu Azam Azih.
Bersama skuad Tok Gajah sejak awal karier, Azam kemudiannya pernah ke Harimau Muda B pada 2014 sebelum kembali bersama Sri Pahang.
Azam adalah ikon bola sepak Pahang.
Merupakan nadi utama bahagian tengah kelab itu untuk bertahun lamanya, nama Azam tidak pernah sepi daripada kelab seperti Selangor dan juga JDT.
Namun begitu, kesetiaannya bersama Sri Pahang tidak pernah pudar dan anak jati Maran itu terus setia menyumbang buat kelab negeri kelahirannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram