
USAHA untuk meneruskan gencatan senjata melibatkan Hamas dan Israel di Gaza menemui jalan buntu selepas rejim Zionis tidak mahu mengikut pelan yang dirancang.
Gencatan senjata fasa satu sudah berakhir pada Sabtu dengan Hamas bersedia memasuki ke fasa seterusnya. Namun begitu, Israel lebih memilih untuk memanjangkan tempoh fasa satu itu.
Bagi Hamas, pelan tersebut dianggap tidak boleh diterima.
Usaha membangunkan semula Gaza masih jauh daripada selesai.
Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata, sehingga kini masih tiada sebarang perbincangan daripada kedua-dua pihak untuk memasuki fasa kedua gencatan senjata.
Bagi Qassem, Israel bertanggungjawab di atas kegagalan kedua-dua pihak untuk memulakan rundingan fasa kedua kerana rejim Zionis mahu mendapatkan kesemua tawanan perang Hamas yang masih berada di Gaza.
Selain itu, Israel juga dilihat mahu meneruskan perang ditambah dengan umat Islam di Gaza sedang menyambut Ramadan.
Hamas menggesa Israel untuk terus komited kepada perjanjian dengan pihaknya sedia untuk memenuhi segala syarat yang sudah dipersetujui pada awalnya.
Fasa kedua gencatan senjata antara Hamas dan Israel melihatkan kepada usaha untuk memulangkan kesemua tawanan perang dari kedua-dua pihak.
Selain itu, fasa kedua turut menyaksikan usaha untuk mengeluarkan kesemua tentera Israel dari kawasan Gaza.
Sebagai rekod, terdapat 59 tawanan Israel masih di Gaza dengan 24 daripadanya dilaporkan masih hidup. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram