[VIDEO] Hilang semasa daki bukit di Tawau, warga emas ditemukan meninggal dunia


  • 112
  • Selasa, 04 Mac 2025

Pihak bomba dalam ketika dalam usaha menjejaki warga emas yang hilang di Tawau.

MISTERI kehilangan seorang warga emas di Tawau, Sabah akhirnya diketahui selepas dia ditemukan meninggal dunia.

Sebelum ini, warga emas berusia 65 tahun itu dilaporkan memasuki hutan pada Isnin seorang diri untuk melakukan riadah mendaki bukit pukul 4.30 petang.

Warga emas itu kemudiannya dilaporkan hilang sekitar pukul 6 petang hari yang sama.

BACA LAGI: Ismail Sabri adalah suspek, bukan lagi saksi kes pengubahan wang haram — Azam Baki

BACA LAGI: Mayat reput ditemui dalam tandas terbiar, dipercayai lelaki OKU mental sering merayau di Pantai Bukit Keluang

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan warga emas itu pada 8.26 malam.

Pihaknya kemudiannya mengerahkan anggota seramai tujuh orang untuk mencari warga emas itu sambil dibantu dengan sebuah jentera.

Usaha yang turut dibantu oleh orang awam itu kemudiannya menemui mangsa yang terbaring berdekatan sebuah denai selepas pencarian selama 1.5 kilometer dilakukan.

"Pasukan bomba bergerak sejauh 1.5 kilometer dari jalan utama ke lokasi untuk mengangkat dan mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung yang turut dibantu oleh orang awam.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Jemishin mengesahkan operasi pencarian itu kemudiannya ditamatkan pada 10.48 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram