
SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan di Jalan Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa, Muhammad Hanif Asraf Mohd Mazlan, 19, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3.
Beliau berkata, mangsa dipercayai dari arah jalan utama Felda Chiku 1 menghala masuk ke Jalan Chiku 3.
BACA LAGI: Bangkai paus sepanjang 10 meter ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
"Ketika kejadian, seekor lembu dipercayai melintas dari kiri jalan dan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan terbabit.
"Mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya, mangsa juga dibantu orang awam dan dibawa ke Klinik Felda Chiku 3, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram