
DUA penunggang motosikal bertindak di luar kawalan selepas hampir menyebabkan kemalangan di lebuh raya baru-baru ini.
Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) tular di media sosial, kejadian berlaku pada Disember 2024.
Dalam video sama, individu terbabit menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.
BACA LAGI: SPRM reman 4 pegawai ada kaitan dengan Ismail Sabri
BACA LAGI: Katanya berang kena tuntut cerai, lelaki tergamak ugut isteri, cekik anak di Tawau
Individu tersebut turut dilihat sengaja memberhentikan kenderaannya secara mengejut sebanyak dua kali.
Tindakan itu sekali gus membuatkan sebuah kereta di belakangnya terlanggar belakang motosikal tersebut.
Pelanggaran kecil itu bagaimanapun membuatkan seorang daripada penunggang itu berang.
Dia kemudiannya dilihat turun dari motosikal dan menghampiri kereta berkenaan sebelum menghentakkan topi keledarnya pada cermin beberapa kali sehingga menyebabkan keretakan.
Pada masa sama, kedengaran juga suara individu terbabit menjerit dan seakan-akan memarahi pemandu kereta.
Namun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram