Penunggang Harley Davidson maut, tercampak masuk longkang sedalam 3 meter di Kota Kinabalu


  • 112
  • Isnin, 24 Feb 2025

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Harley Davidson terhumban ke dalam longkang sedalam tiga meter dalam kejadian yang berlaku pukul 1 pagi itu. 

SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan 88 Marketplace, Lorong Kepayan 1, Taman Kepayan dekat Kota Kinabalu, Sabah pada Isnin.  

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Harley Davidson tercampak ke dalam longkang sedalam tiga meter dalam kejadian yang berlaku pukul 1 pagi itu. 

Difahamkan, mangsa warga negara Brunei yang tidak didedahkan namanya itu maut di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah yang dialaminya. 

BACA LAGI : [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', lelaki disambar api ketika cuba bakar traktor di tepi jalan di Turkiye

BACA LAGI : [VIDEO] Sambutan hari jadi bertukar mimpi ngeri, wanita Vietnam melecur muka belon gas hidrogen meletup

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.26 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota bomba dari BBP Kota Kinabalu telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 4 kilometer dan tiba pada pukul 1.32 pagi.

"Manakala pemandu Proton Saga, lelaki 37 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pasukan bomba seterusnya bertindak mengangkat mayat mangsa penunggang motosikal menggunakan strecher dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin. 

Jelas beliau lagi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.09 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram