
SATU tragedi nahas berlaku membabitkan tiga sekawan selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kampung Jalan Pulau Chondong, Manchang, Kota Bharu, Kelantan pada awal pagi Isnin.
Dalam kejadian itu, seorang seorang mangsa maut selepas ditemukan tersepit di bahagian kerusi pemandu kenderaan terbabit.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK I) Mohd Nazri Taib berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.33 pagi berhubung kemalangan tersebut.
BACA LAGI: ‘Terdengar suara jerit kesakitan’, ibu 3 anak maut disyaki ditikam kekasih di Melaka
Jelasnya, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Ketereh bergegas ke lokasi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda Jazz terbalik dipercayai terbabas.
"Kereta itu dinaiki tiga remaja lelaki yang berusia 18 tahun namun pemandu tersepit di bahagian tempat duduknya," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikeluarkan dari kenderaan yang mengambil masa kira-kira sejam.
Jelas beliau, dua lagi rakan mangsa bertindak keluar sendiri dari kenderaan dan tidak mengalami kecederaan serius.
Operasi tamat sepenuhnya sekitar pukul 4.52 pagi dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp