[VIDEO] Detik cemas 30 minit sebelum mendarat, penumpang panik pesawat JB-Bangkok penuh asap angkara 'power bank' meletup


  • Tular
  • Selasa, 25 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan detik cemas ketika berlakunya kebakaran di dalam sebuah pesawat dari Johor Bahru, Johor ke Bangkok, Thailand pada Isnin.

PENUMPANG berdepan detik cemas apabila pesawat yang dinaiki dipenuhi dengan asap ketika dalam perjalanan Johor Bahru, Johor ke Bangkok, Thailand pada Isnin. 

Menerusi video dimuat naik pengguna akaun TikTok @kentmaherr, kejadian berlaku 30 minit sebelum pesawat itu melakukan pendaratan di Bangkok. 

Menurut pengguna tersebut yang dipercayai merupakan antara penumpang terbabit, kejadian mengejut itu dapat disedari dengan pantas oleh anak kapal.

BACA LAGI: Bangkai paus sepanjang 10 meter ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang

BACA LAGI: [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', lelaki disambar api ketika cuba bakar traktor di tepi jalan di Turkiye

 

Kejadian dapat dikesan apabila kepulan asap dan bau hangit seperti terbakar muncul dari ruang simpanan bagasi dalam pesawat.

Ia bagaimanapun berjaya diatasi selepas beberapa minit pemeriksaan dilakukan. 

"Alhamdulillah penumpang dan anak kapal bekerjasama memadamkan kebakaran dan keadaan kembali terkawal.

"Setibanya di lapangan terbang, pasukan bomba, ambulans siap menanti untuk memastikan keselamatan semua," tulisnya. 

Berdasarkan informasi yang dikongsikan, kebakaran kecil itu didakwa berlaku berpunca daripada bateri mudah alih atau power bank yang diletakkan di dalam ruang simpanan tersebut. 

Bagaimanapun, punca sebenar belum dapat dipastikan dan masih belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa mahupun syarikat penerbangan terbabit berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram