[VIDEO] Ajal ketika jamu selera, 3 maut, 74 parah medan makan runtuh tiba-tiba di pusat beli-belah Peru


  • Benua
  • Sabtu, 22 Feb 2025

Tangkap layar medan makan di sebuah pusat beli-belah dekat Peru runtuh pada Sabtu.

PENGUNJUNG pusat beli-belah Real Plaza di Trujillo, Peru digemparkan dengan insiden bumbung runtuh yang mengakibatkan tiga mangsa maut pada Sabtu.

Kejadian yang berlaku di kawasan medan makan pusat tumpuan itu turut menyebabkan seramai 74 lagi individu cedera parah selepas dilaporkan terhempap struktur binaan di situ.

Ketua Jabatan Bomba Gelqui Gomez berkata, dua lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia manakala angka mangsa cedera meningkat kepada 74 setakat ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak serik, nahas pekerja India ‘berpusing’ 360 darjah angkara mesin masih berlaku di kilang tekstil

BACA LAGI: [VIDEO] Pesawat Delta Airlines terbalik sebelum terbakar ketika mendarat, 3 penumpang kritikal

“Kami telah memindahkan kesemua 74 mangsa yang cedera ke hospital dengan 10 daripadanya adalah kanak-kanak.

"Beberapa kanak-kanak ditemukan terperangkap di bawah struktur logam bumbung tersebut," katanya.

 

 

 

 

Usaha menyelamat mangsa masih giat dijalankan dengan lebih 100 anggota bomba serta pegawai polis dikejarkan ke pusat beli-belah berkenaan.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Juan Jose Santivanez menganggarkan kawasan bumbung yang runtuh adalah antara 700 hingga 800 meter (m) persegi.

"Kami memerlukan kren hidraulik untuk mengangkat sebahagian bumbung yang masih belum dialihkan kerana ia terlalu berat.

"Namun, ia perlu dilakukan untuk meneruskan operasi menyelamat mangsa yang mungkin terperangkap di bawah timbunan binaan tersebut," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram