‘Terdengar suara jerit kesakitan’, ibu 3 anak maut disyaki ditikam kekasih di Melaka


  • 112
  • Ahad, 23 Feb 2025

Mangsa ditemui sudah meninggal dunia di dalam kediamannya di Melaka pada Ahad. — Malaysia Gazette

SEORANG wanita ditemui maut dipercayai ditikam kekasihnya di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Pokok Mangga, Melaka pada Ahad.

Menurut laporan Malaysia Gazzete, rakan serumah mendakwa terdengar suara mangsa seperti menahan kesakitan pada tengah malam Jumaat lalu.

Menurutnya, ibu kepada tiga anak yang berusia 52 tahun kali terakhir terdengar suaranya dengan seorang lelaki dipercayai kekasihnya yang turut menyewa di rumah dua tingkat itu pada malam 21 Februari lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara 'blind spot' lori, nenek lintas jalan maut terperosok bawah treler di Guatemala

BACA LAGI: [VIDEO] Macam sengaja brek mengejut, 2 penunggang motor mengamuk hentak cermin kereta lepas dilanggar dari belakang

"Saya terdengar suara wanita itu seperti menahan kesakitan tapi tak berani hendak masuk campur kerana berlaku pertengkaran antara mangsa dan kekasihnya sebelum itu.

"Bimbang sesuatu yang buruk, saya ketuk pintu bilik sewa mangsa kira-kira pukul 11 pagi Ahad sebelum dibuka seorang lelaki memberitahu tiada apa yang berlaku," katanya.

Katanya, susuk tubuh wanita itu dilihat dalam keadaan terbaring di atas katil dengan suasana bilik yang gelap.

Difahamkan, mangsa juga ditemukan berlumuran darah di atas katil bersama suspek yang cedera dipercayai akibat berlakunya pergelutan antara mereka.

Polis juga dikatakan terjumpa dua bilah pisau kecil dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram