[VIDEO] Gara-gara 'blind spot' lori, nenek lintas jalan maut terperosok bawah treler di Guatemala


  • Benua
  • Ahad, 23 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan seorang warga emas berada di hadapan sebuah lori ketika mahu melintas jalan.

NYAWA seorang wanita warga emas mampu bertahan beberapa jam selepas digilis sebuah treler di Henry Sierra Boulevard, Coatepeque, Guatemala.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Ahad, kejadian berlaku ketika mangsa sedang melintas jalan.

Mangsa yang berbaju serba putih sebelum itu dilihat berjalan di hadapan lori berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Macam sengaja brek mengejut, 2 penunggang motor mengamuk hentak cermin kereta lepas dilanggar dari belakang

BACA LAGI: SPRM reman 4 pegawai ada kaitan dengan Ismail Sabri

 

 

 

 

Tidak sampai beberapa saat, pemandu lori itu dilihat menghidupkan enjin dan terus berlalu tanpa menyedari mangsa yang masih berada di hadapan kenderaannya.

Ia dipercayai kerana titik buta atau blind spot bagi kenderaan berat seperti lori dan treler adalah besar yang menyebabkan pemandu mungkin tidak menyedari objek di sekeliling mereka.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan mangsa terjatuh dan terperosok di bawah lori.

Namun, mangsa berusia 70 tahun itu dilihat terselamat selepas dibantu oleh orang awam untuk bangun.

Beberapa saksi kemudiannya bergegas dan membantu mangsa yang mengerang kesakitan di lokasi kejadian.

Mangsa yang dipercayai cedera parah bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia selepas beberapa jam bertarung nyawa di Hospital Nasional Coatepeque. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram