
HASIL sambutan luar biasa dalam kalangan pelanggan, gedung tekstil terkemuka negara, Jakel meneruskan lagi acara temu mesra bersama dutanya di bangunan Jakel Mall Kuala Lumpur pada Ahad.
Acara tersebut diteruskan lagi berikutan sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada program temu mesra di Jakel Shah Alam, Selangor pada 31 Januari lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed berkata, keputusan untuk mengadakan acara itu sekali lagi dibuat bagi memberi peluang kepada pelanggan yang terlepas peluang mendapatkan baucar diskaun pembelian baju Raya Aidilfitri di Shah Alam.
BACA LAGI: Ingin berehat, Suria FM hormati keputusan Sharifah Shahirah tak sambung kontrak
BACA LAGI: [VIDEO] Tak kenal siapa Ed Sheeran, polis India cabut mikrofon semasa busking walaupun ada permit
Pengacara Nabil (kiri) dan keluarga tampil ceria dalam persalinan cetakan rona biru Royal Blue. — Jakel
“Kami sangat teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima sejak pengumuman duta-duta Jakel dalam tempoh dua minggu lalu.
"Namun, kami menerima maklum balas daripada orang ramai yang tidak berkesempatan mendapatkan baucar dan berharap agar program temu mesra ini diteruskan.
"Jadi, kita menganjurkan acara ini sekali lagi untuk memberi peluang kepada pelanggan yang belum mendapat baucar diskaun tambahan 20 peratus,” katanya.
Acara temu mesra 2 di Jakel Mall itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal seperti Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein dan Anzalna sekeluarga.
Koleksi terbaharu daripada Jakel, paduan corak flora yang menawan. — Jakel
Turut hadir, anggota kumpulan pelawak Senariounion, Upin dan Ipin serta pempengaruh TikTok terkenal Sallywho bersama pasangannya.
Mohamed Faroz berkata, pelanggan berpeluang beramah mesra dengan duta-duta Jakel pada sesi kali ini.
Tambah beliau, demi keselesaan pengunjung, pihaknya telah membuka ruang niaga yang lebih luas dan berwajah baharu di aras tiga bangunan Jakel Mall, yang kini menempatkan koleksi terkini untuk remaja, anak kecil serta ibu.
"Ruangan baharu ini disediakan untuk keselesaan pelanggan dengan koleksi yang lebih menarik dan fabrik berkualiti tinggi.
"Kami juga memastikan keselesaan pengunjung dengan menyediakan parkir yang luas, tandas serta tempat solat, seiring dengan moto pada 2025 Mendonia Bersama Jakel dan Jakel, Barulah Raya," jelasnya.
Fattah Amin dikerumuni peminat sewaktu sesi temu mesra di bangunan Jakel Mall Kuala Lumpur. — Jakel
Untuk tahun ini, Jakel turut menambah sebanyak 5,000 kakitangan sambilan di seluruh negara, termasuk 1,500 di Jakel Mall, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan melancarkan urusan pelanggan.
"Kita juga membuka peluang kepada lepasan sekolah dan penuntut kolej serta universiti untuk menyertai mereka sepanjang bulan Ramadan ini, sambil mempelajari selok-belok perniagaan," kata beliau.
Dengan pelbagai kemudahan dan tawaran yang disediakan, Jakel terus komited dalam memberi pengalaman berbelanja yang lebih baik kepada pelanggan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram