
AKTRES terkenal, Siti Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton, 38, pada majlis pernikahan yang berlangsung di pusat peranginan di Janda Baik dekat Bentong, Pahang pada Sabtu.
Berita gembira itu turut dikongsikan di laman InstaStory Instagram milik selebriti berkenaan pada hari yang sama.
Difahamkan, pada majlis pernikahan secara tertutup itu, Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum , 35, dinikahkan oleh bapanya, Mohd Baharum Abd Rahman.
BACA LAGI : 'Alhamdulillah, got married on a blessed Friday', Syafiq Kyle-Mimi Lana akhirnya 'jumpa' tarikh nikah
BACA LAGI : [VIDEO] 'Truly a masterpiece,' adibusana bertatah kristal karya Shanel Harun serlah keanggunan Wanna Ali
Siti Saleha menjalin hubungan cinta Joshua Fitton sejak 2022. — Instagram/SitiSaleha
Kedua-dua pasangan pengantin itu tampak sepadan menggayakan busana rona putih di majlis tersebut.
Untuk rekod, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Lutfi Azhar namun bercerai pada 17 Januari 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Pada tahun yang sama, Siti Saleha mengakui menjalin hubungan cinta Joshua Fitton selepas mereka hadir ke sebuah acara anugerah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram