[VIDEO] Tak kenal siapa Ed Sheeran, polis India cabut mikrofon semasa busking walaupun ada permit


  • Hiburan
  • Selasa, 11 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan seorang anggota polis mengarahkan Ed Sheeran untuk menghentikan nyanyiannya ketika 'street busking' di India pada Isnin.

PENYANYI popular berasal dari Britain, United Kingdom, Ed Sheeran dihalang polis daripada membuat persembahan jalanan (street busking) di Bengaluru, India pada Ahad lalu.

Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa, Ed Sheeran sedang menyanyikan lagu hitnya berjudul Shape of You secara spontan di Church Street sebelum membuat persembahan di konsertnya pada malam tersebut.

Beberapa minit kemudian, penyanyi itu berdepan detik janggal apabila seorang anggota polis menghampirinya dan mengarahkan untuk persembahan tersebut dihentikan segera.

BACA LAGI: Budak 7 tahun lemas berenang dalam kolam dewasa tanpa disedari keluarga di Puchong

BACA LAGI: [VIDEO] Kisah heroik pengunjung ‘fun fair’ AS, lebih pentingkan nyawa orang lain saat ‘ magic carpet ride’ hampir tercabut 4 tahun lalu masih jadi inspirasi

Polis tersebut juga bertindak mencabut wayar sambungan mikrofon yang digunakan penyanyi itu.

Berdasarkan laporan agensi, polis tidak memberi sebarang kebenaran kepada pihak penganjur untuk melaksanakan persembahan tersebut kerana akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Anggota polis terbabit dikenali sebagai Shekar T Tekkannanavar memberitahu bahawa pihaknya enggan memberi kebenaran kerana Church Street menjadi sangat sesak.

"Itulah sebabnya dia (Ed Sheeran) diminta mengosongkan tempat itu," katanya.

Tindakan itu juga dikatakan berlaku kerana polis tersebut tidak mengenali penyanyi Eropah itu.

Akur dengan arahan, Ed Sheeran mengambil keputusan menyimpan gitarnya dan berlalu pergi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram