Ingin berehat, Suria FM hormati keputusan Sharifah Shahirah tak sambung kontrak


  • Hiburan
  • Khamis, 13 Feb 2025

Sharifah Shahirah (kanan) membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak sebagai penyampai radio di Suria FM.

SURIA FM memaklumkan bahawa Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Rara membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak sebagai penyampai radio di stesen itu sebaik kontraknya tamat pada 15 Februari ini.

Suria dimaklumkan bahawa Rara mengambil keputusan untuk berehat seketika dan memberi tumpuan kepada dirinya.

"Kami menghormati keputusan beliau dan yakin Rara akan terus berjaya dalam apa jua yang diceburinya.

"Kami amat menghargai segala usaha dan dedikasi beliau dalam menceriakan hari pendengar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: DJ Lin 'Suria Cinta' hanya ke udara hujung minggu, antara langkah perkukuh kedudukan Suria FM tahun ini

BACA LAGI: Suria FM kongsi rezeki, tawar RM36,000 untuk pendengar setia

Snapinst.app_477101928_18487870867044953_8002367964595725885_n_1080 (1)

Rara antara penyampai radio yang berganding bersama dua lagi rakan seperjuangannya, Chiwan dan Kai.

Sepanjang tempoh bersama Suria FM, Rara juga memberi komitmen dan sumbangan yang luar biasa sekali gus menjadi antara keluarga Suria yang sentiasa menghiburkan pendengar setianya.

Pihak Suria FM pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada Rara atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Untuk rekod, Rara sudah berkhidmat di stesen radio tersebut sejak 2018 sehingga kontraknya yang akan tamat pada 15 Februari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram