
SEORANG penunggang motosikal dilaporkan cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Bukit Ayun, Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Menerusi video kamera papan pemuka tular di media sosial sejak Jumaat, mangsa gagal mengawal motosikalnya ketika cuba mengelak sebuah lori yang melakukan pusingan U secara mengejut di lokasi itu.
Ia sekali gus membuatkan mangsa terjatuh dan terseret ke tepi jalan.
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi menjelang Nisfu Syaaban, 5 beranak rentung rumah musnah dijilat api di Umbai
Keadaan mangsa bagaimanapun dikatakan terselamat dan hanya cedera ringan.
"Ramai yang sering membuat pusingan U di sini, menyebabkan risiko kemalangan semakin tinggi.
"Mujurlah abang itu sempat terjatuh ke tepi terlebih dahulu, kalau tidak kemungkinan besar dia akan terus tercampak ke bawah tayar dan keadaan boleh menjadi lebih buruk," tulis pengguna akaun Facebook Penang Press.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram