
SEORANG bapa sanggup meninggalkan bayinya yang baru lahir di tepi jalan kawasan perumahan di Tultitlan, Mexico pada Isnin lalu.
Tindakan lelaki tersebut juga tertangkap menerusi rakaman kamera litar tertutup sebuah rumah itu.
Dalam video sama, dia dilihat mengeluarkan sebungkus plastik kecil dipercayai berisi bayi berkenaan daripada beg dan meletakkannya di tepi jalan sebelum berlalu pergi.
BACA LAGI: Ingin berehat, Suria FM hormati keputusan Sharifah Shahirah tak sambung kontrak
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi menjelang Nisfu Syaaban, 5 beranak rentung rumah musnah dijilat api di Umbai
Berdasarkan maklumat dikongsikan, penggera itu diaktifkan apabila ia terdengar suara bayi menangis.
Lelaki terbabit kemudiannya dilaporkan menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas bayi dan ibunya diselamatkan.
Ibu bayi yang dipercayai teman wanita lelaki tersebut memberitahu bahawa dia tidak menyangka akan melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas.
"Saya sedang bekerja dan mengalami kesakitan yang teramat sangat di perut dan apabila pergi ke bilik air, darah mula keluar dan tanpa disangka, bayi itu keluar bersama plasenta.
"Saya panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.
Dia kemudiannya memberikan anaknya kepada lelaki tersebut dan berfikir bahawa bayinya akan dibawa ke hospital.
"Saya fikir dia akan bawanya ke hospital, saya tak terfikir pula dia akan membuangnya," katanya.
Susulan kejadian itu, siasatan terhadap kes kini disiasat oleh pihak berkuasa.
Bayi tersebut turut dilaporkan selamat dan sedang dirawat di hospital. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram