
SEORANG ibu dan empat anaknya maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka pada awal pagi Khamis.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata, seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba Merlimau dan Padang Temu bergegas ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan dilakukan pukul 1.40 pagi Khamis.
BACA LAGI: Demi kesejahteraan mental, wanita perlu berani keluar zon penderaan elak risiko kemurungan
"Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 20x60 kaki persegi terbakar sebanyak 80 peratus.
"Siasatan awal menemui lima mayat, terdiri daripada seorang wanita dewasa dan empat kanak-kanak. Seorang lagi lelaki dewasa terselamat dalam kebakaran itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Punca kebakaran dan kerugian yang dialami bagaimanapun masih dalam siasatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram