![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/14/3166783.png)
SEBUAH kenderaan yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan berbahaya berjaya ditahan oleh pihak polis selepas aksi kejar-mengejar yang cukup mendebarkan di Kluang, Johor pada Jumaat.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan warga maya, kejadian itu berlaku di sekitar Kampung Melayu dan beberapa kawasan di bandar Kluang.
Kejadian itu didakwa bermula apabila pihak polis mengesan kenderaan jenis Honda Accord warna kunig terbabit dalam keadaan mencurigakan dan enggan berhenti ketika diarahkan.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki parah ditetak guna pisau pemotong daging, orang awam bantu 'tumbangkan' suspek di JB
BACA LAGI: 'Sudah-sudahlah (rakam muka)', Man Tiger tembak suami isteri di Simpang Renggam kena reman 7 hari
Pemandu berkenaan kemudian bertindak melarikan diri, menyebabkan beberapa buah kenderaan peronda polis dikerahkan bagi mengejar dan menghentikan kenderaan tersebut.
Selepas beberapa minit aksi kejar-mengejar yang mendebarkan, Honda Civic berkenaan hilang kawalan selepas merempuh dua buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat.
Menerusi video itu juga memaparkan pihak polis mengeluarkan senjata untuk mempertahankan diri masing-masing selain terpaksa menggunakan kekerasan bagi menahan lelaki terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi Buletin TV3 mengesahkan tangkapan berhubung kejadian.
Polis yang mengejar kenderaan itu menahan pemandu selepas suspek melanggar kereta lain di persimpangan lampu isyarat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram