
SEORANG pekerja kilang maut dalam keadaan mengerikan selepas tubuhnya hancur akibat tersepit ke dalam sebuah mesin tekanan hidraulik dipercayai akibat kecuaian rakan sekerjanya sendiri.
Kejadian di China yang berlaku pada 18 April 2017 itu kembali tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dimuat naik ke media sosial sehingga mencetuskan perbualan di media sosial sejak Rabu.
Rakaman menunjukkan, pada awalnya, dua orang operator kilang sedang mengendalikan barangan untuk dimasukkan ke dalam mesin.
BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara tak tunggu tongkang berhenti, badan lelaki nyaris terbelah
Ketika mangsa masih berada di kawasan operasi mesin, rakan sekerjanya tiba-tiba meninggalkan tugas dan menuju ke panel kawalan untuk menekan butang mula.
Mangsa, yang sama sekali tidak menoleh ke arah kanan terus bertindak menyiapkan kerjanya.
Tanpa menyedari nyawa lelaki itu berada dalam bahaya, rakannya terus bertindak mengaktifkan mesin hidraulik.
Dalam sekelip mata, besi mesin itu turun ke bawah dengan kuat sehingga menghimpit tubuh mangsa yang sama sekali tidak sempat menyelamatkan nyawanya.
Jeritan mangsa tidak kedengaran, hanya gerakan mesin yang terus menekan tubuhnya hingga patah riuk dan tidak lagi bernyawa.
Lebih mengejutkan, selepas menyedari kesilapan, operator mesin itu kelihatan tenang dan berjalan perlahan-lahan ke arah mangsa yang sudah meninggal dunia.
Tindakannya yang seolah-olah tidak panik mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen dan media tempatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram