[VIDEO] Warga emas 'ditelan' bumi, penutup lubang saliran kedai tiba-tiba pecah di Seremban


  • Tular
  • Rabu, 12 Feb 2025

Tangkap layar seorang wanita warga emas terperosok dalam lubang saliran di sebuah restoran dekat Seremban, Negeri Sembilan pada Selasa.

MALANG menimpa seorang wanita warga emas apabila terperosok ke dalam lubang saliran selepas lantai kaki lima sebuah restoran di Jalan Lobak, Seremban, Negeri Sembilan tiba-tiba pecah pada Selasa.

Kejadian berlaku ketika wanita berkenaan terlebih dahulu dilihat berjalan di sekitar kawasan kaki lima premis terbabit.

Namun, situasi bertukar kecoh apabila penutup lubang saliran di kawasan tersebut tiba-tiba pecah dan mengakibatkan warga emas itu terjatuh ke dalam lubang.

BACA LAGI: [VIDEO] KL Wildcats kekal rekod ‘perfect’ baham Johor, fans kecewa taktikal Jewels mudah dibaca

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki kecewa pasangan suami isteri muda di Skudai joli kad bank sampai RM400

Insiden berkenaan sempat dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dan meraih perkongsian ramai di laman X sejak Selasa.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

photo_2025-02-12_08-39-41

Dibantu beberapa individu ketika kejadian, wanita terbabit difahamkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pun begitu, warga maya menggesa agar pihak berkaitan tampil memantau ciri keselamatan setiap penutup lubang saliran di sekitar kawasan terbabit ekoran insiden menimpa warga emas itu.

"Kalau budak yang jatuh lagi kesian, bahaya lubang saliran macam ni tak kukuh," kata Aziraaalah.

"Pihak majlis kena pantau penutup lubang saliran ni semua, ada yang dah lama tak diganti jadi mudah reput bila dipijak, nasib baik ada ramai orang bantu," ujar Zairil Josh.

"Lopong bawah tu bahaya, kalau kita yang muda boleh patah kaki apatah lagi kalau warga emas, tengok pun tau sakit tu," tambah Hanis.

Dalam pada itu, lubang berkenaan kemudiannya ditutup dengan sebuah kerusi plastik bagi mengelak kejadian sama berulang.

Belum ada sebarang kenyataan polis ataupun pihak Majlis Bandaraya Seremban berhubung insiden terbabit setakat ini dan orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika berjalan di kawasan lubang saliran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram