[VIDEO] Lelaki kecewa pasangan suami isteri muda di Skudai joli kad bank sampai RM400


  • Tular
  • Selasa, 11 Feb 2025

Rakaman CCTV (kiri) melihatkan pasangan suami isteri (kanan) menyalah gunakan kad ATM yang ditemui mereka.

SEORANG lelaki tampil mendedahkan kejadian kecurian kad debit miliknya yang digunakan tanpa kebenaran oleh sepasang suami isteri yang menjadi suspek untuk tujuan membeli-belah di beberapa lokasi sekitar Skudai dan Pulai, Johor.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai mhmmdhsm menerusi perkongsiannya di laman X (Twitter), insiden tersebut disedari selepas dia ingin menyemak baki akaunnya pada 5 Februari.

Kali terakhir dia menggunakan kad tersebut adalah pada 3 Februari, sebelum menyedari kehilangannya. Mangsa menyatakan kad tersebut hanya digunakan untuk perbelanjaan makan setiap bulan dan tiada sebarang notifikasi diaktifkan, menyebabkannya tidak menyedari kehilangan tersebut lebih awal.

BACA LAGI: [VIDEO] Lori tak sempat brek rempuh belakang Alza, rosakkan palang RFID di Ayer Keroh

BACA LAGI: [VIDEO] Suami maut, isteri parah motor dirempuh lori ketika keluar simpang di Batu Pahat

Gjfb3lSbQAA3w3t (1)

Tangkap layar rakaman CCTV menyaksikan pasangan suami isteri itu sedang berbelanja menggunakan kad bank milik mangsa.

Anggaran kerugian yang dialami mangsa adalah sekitar RM400. Dia juga melakukan laporan polis, dan rakaman CCTV dari lokasi transaksi berjaya diperoleh untuk membantu siasatan.

Dalam rakaman tersebut, ia terpancar jelas pasangan suami isteri itu menggunakan kad tersebut di sebuah pasar raya tanpa rasa bersalah.

Pasangan tersebut kemudiannya menghubunginya melalui media sosial dan mengaku bersalah atas apa dilakuka serta berjanji untuk membayar kembali jumlah yang dicuri.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada bayaran diterima walaupun peluang telah diberikan sebelum laporan kedua dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

"Tak sangka nampak muka orang yang gembira menggunakan duit dari hasil titik peluh orang lain," katanya dengan kecewa.

Mangsa juga mendedahkan bahawa ramai individu lain telah menghantar mesej langsung (DM) berkongsi pengalaman serupa, termasuk rakaman CCTV kes kecurian telefon dan barangan lain yang melibatkan suspek yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram