Nostalgia si gadis gitar, 3 penyanyi popular zaman 'Muka Buku' termasuk Najwa Latiff kini jadi pendidik


  • Hiburan
  • Selasa, 11 Feb 2025

(Dari kiri) Najwa Latif, Tasha Manshahar dan Ainan Tasneem pernah mencetuskan fenomena industri muzik tanah air satu ketika dahulu.

INDUSTRI muzik tanah air pernah fenomena dengan imej penyanyi wanita bertudung yang diberi jolokan 'gadis gitar' satu ketika dahulu.

Ikoniknya gelaran itu diberikan kepada tiga penyanyi berpengaruh tempatan iaitu Najwa Latif, Ainan Tasneem dan Tasha Manshahar.

Ditambah pula dengan ledakan populariti laman sosial Facebook sekitar 2012, bakat-bakat baharu banyak dibentuk dari platform berkenaan yang umumnya sangat dekat hati pengguna remaja.

BACA LAGI: Bukan lagi bawah naungan Luncai Emas, Margasatwa serlah budaya Terengganu menerusi 'Dalam Kotok'

BACA LAGI: Lama tak dengar khabar, Najwa Latif rupanya pensyarah Bahasa Inggeris UiTM Dengkil

Namun, silih tahun berganti menyaksikan era penyanyi wanita bergitar semakin berkurangan dan penglibatan mereka kian suram dalam industri.

Biarpun popularitinya semakin merudum, ketiga-tiga mereka kini melangkah ke alam baharu sebagai warga pendidik.

c4

1. Najwa Latif

Terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, 29, atau nama lengkapnya Imratul Najwa Abdul Latif kini bergelar pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dengkil, Selangor.

Lama menyepi dari industri hiburan tempatan, penyanyi yang sering tampil dengan gitar akustik itu kembali menjadi topik perbualan peminat susulan statusnya selaku pensyarah tular di laman sosial baru-baru ini.

Najwa kini berkhidmat sebagai pensyarah sepenuh masa di UiTM Dengkil sejak Oktober tahun lalu dan mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar di peringkat Asasi.

g5

2. Tasha Manshahar

Tasha Manshahar, 32, atau nama penuhnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar kini bergelar seorang guru di sebuah sekolah rendah dekat Klebang, Melaka.

Mengajar subjek Bahasa Inggeris serta Reka Bentuk dan Teknologi, pelantun lagu Oh No itu menganggap era kegemilangannya sebagai pemuzik sudah pun berlalu.

Fokusnya kini terarah kepada pembentukan sahsiah dan pembelajaran di peringkat rendah yang merupakan minatnya sejak kecil.

Mengimbau kembali era kegemilangannya, bakat seninya dikesan menerusi laman You Tube dan Facebook selepas kerap memuat naik video nyanyian di platform berkenaan.

tsnen

3. Ainan Tasneem

Masyur di pentas persembahan menerusi lagu Aku Suka Dia, ibu kepada tiga cahaya mata ini tidak lagi kelihatan dalam industri hiburan tempatan.

Sejak mendirikan rumah tangga pada 2017, Ainan Tasneem atau nama lengkapnya, Ainan Tasneem Ridzuan sudah melupakan karier nyanyian dan lebih tertumpu tugas sebagai seorang isteri.

Merupakan graduan Biologi Gunaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Ainan pernah berkhidmat sebagai pendidik di sebuah pusat pengajian atas talian di You Tube.

Banyak berkongsi tip dan pelajaran subjek sains dan matematik peringkat menengah, videonya menjadi rujukan ramai pelajar SPM satu ketika dahulu.

Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram