
KISAH pilu dialami bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak apabila anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees Mohammad Zaquan Adha meninggal dunia pada Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan bekas penyerang Negeri Sembilan FC tersebut menerusi kiriman di Instagram Story miliknya sebentar tadi.
"Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini," katanya.
BACA LAGI: Perginya Jumaat yang mulia, Roslan Saleh meninggal dunia dalam tidur pada usia 69 tahun
BACA LAGI: Khabar Pawi meninggal dunia, ketibaan legenda JDT antara 'hoax' menimpa kem Terengganu
Zaquan berkongsi kisah memilukan tersebut menerusi hantaran di Instastory peribadinya.
Bagaimanapun, punca pemergian anak ketujuh itu tidak diberitahu lanjut oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan berkenaan mahupun daripada pasangannya, Ayu Raudhah.
Aisy selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta yang terletak sekitar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lalu.
Sebaik berita tersebut dikongsikan di media sosial, ramai peminat bola sepak negara mengucapkan takziah kepada bekas pemain yang berusia 37 tahun itu.
Mereka turut mendoakan Zaquan dan isterinya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian berat tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram