
MENGAMBIL minuman berkarbonat dan berpuasa ternyata mampu mengawal metabolisme serta membantu menurunkan berat badan.
Berdasarkan hasil kajian diterbitkan dalam BMJ Nutrition Prevention & Health oleh Dr Akira Takahashi dari Hospital Tesseikai Neurosurgery di Jepun mengatakan bahawa air berkarbonat boleh memberi kesan kepada pengambilan glukosa dalam darah dan membantu mengurangkan rasa lapar.
Pun begitu, air berkarbonat tidak boleh dianggap sebagai cara utama atau tip penurunan berat badan dengan pantas.
BACA LAGI: Kerjakan ibadah dengan selamat, ada sebab jemaah wajib ambil vaksin sebelum ke Tanah Suci
BACA LAGI: [VIDEO] Marahkan isteri, lelaki Bekasi humban anak dalam banjir
Dua cara itu boleh digunakan untuk membantu mengurangkan berat badan. — Gambar hiasan/Agensi
Dr Takahashi berkata, orang ramai harus mengambil minuman tersebut sebagai diet seimbang dan untuk menghilangkan dahaga selepas melakukan aktiviti senaman.
Menurutnya, terlalu banyak mengambil air berkarbonat mungkin tidak sesuai untuk individu yang mengalami masalah kesihatan serius seperti sakit perut atau usus.
Bukan itu sahaja, kajian tersebut turut menemui bukti bahawa puasa secara berkala berpotensi untuk meningkatkan tahap kesihatan.
Kira-kira 9,000 pesakit di Universiti Taiwan Nasional membuktikan bahawa berpuasa mampu mengurangkan berat badan dengan ketara berbanding diet biasa. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram