
TINDAKAN seorang lelaki yang menolak anaknya ke dalam air banjir di Bekasi, Indonesia baru-baru ini membangkitkan kemarahan warga maya di media sosial.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahannya, lelaki tersebut pada awalnya menarik anak kecilnya ke luar rumah sebelum mencampaknya ke dalam air dengan kuat.
Dia pada masa sama menunjukkan isyarat tangannya ke arah seorang wanita berbaju merah dipercayai isterinya yang ketika itu berada di luar rumah.
Kanak-kanak itu bagaimanapun bernasib baik apabila diselamatkan beberapa penduduk lain yang turut berada di lokasi kejadian.
Namun, kemarahan bapa itu dilihat masih belum reda apabila dia bertindak mencampak beberapa barang seperti payung, baju dan perkakas lain ke luar rumah.
Kejadian itu didakwa berlaku berpunca daripada perselisihan faham antara dia dan isterinya.
Lelaki tersebut juga dikatakan berang dengan kerenah anak kecilnya seorang diri.
Aksi itu kemudiannya menerima kecaman hebat daripada warganet yang melihat sikap tidak bertanggungjawab seorang bapa.
"Hadapan rumah sahaja berani campak anak, tak boleh bayang kalau dalam rumah," komen Shahz.
"Ya ALLAH, macamana orang seperti itu ada anak kalau jaga budak sahaja pun tak boleh," tambah Kld.
"Bagaimana bisa orang seperti itu memiliki anak, jika merawat anak saja tidak bisa dengan baik?" komentar netizen lainnya.
Sementara itu, ada juga yang menyarankan agar individu terbabit dilaporkan kepada pihak berkuasa demi keselamatan kanak-kanak terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram