Polis KL siasat dakwaan gangguan seksual anggota terhadap wanita


  • 112
  • Sabtu, 08 Feb 2025

Gambar tular seorang anggota polis yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika perhimpunan solidariti Palestin Disember lalu.

POLIS sedang menyiasat dakwaan seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual oleh anggota polis ketika hadir memberi keterangan berkaitan perhimpunan solidariti Palestin Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihak polis mengesahkan menerima satu laporan oleh seorang pengadu wanita berhubung ketidakpuasan hati di atas tingkah laku polis.

Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan yang diterima tersebut.

BACA LAGI : [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas

BACA LAGI : [VIDEO] Pemandu lori cuai dipercayai punca nahas dua maut di Kuala Krai — Polis

rusdi

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

“Pengadu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur bagi diambil keterangan berhubung siasatan kes perhimpunan yang berlangsung pada 19 Disember 2024 yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Selain daripada pengadu terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan pada hari yang sama bagi membantu siasatan kes perhimpunan ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, seorang wanita yang juga jurugambar aktivis mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota polis yang menunjukkan isyarat tangan lucah padanya semasa aksi protes solidariti bersama Palestin.

Wanita berkenaan turut memuat naik beberapa gambar anggota berkenaan menunjukkan isyarat tangan lucah padanya di laman Instagram miliknya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram