![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/06/3154053.jpg)
KERAJAAN memperuntukkan pemberian subsidi bagi kanak-kanak autisme yang sedang atau bakal mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran autisme dan terapi bertauliah.
Pusat pembelajaran kanak-kanak autisme dan terapi bertauliah merupakan pusat menyediakan khidmat pembelajaran dan terapi autisme oleh pengendali yang mempunyai kepakaran dan latihan bagi kanak-kanak golongan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 telah mengumumkan bantuan yuran pembelajaran anak autisme yang akan memanfaatkan sekitar 30,000 anak autisme dengan peruntukan sejumlah RM15 juta.
BACA LAGI: [VIDEO] NGO sokong usaha Nasom, akui penubuhan SAVe demi masa depan individu autisme
BACA LAGI: NASOM minta PDRM pertimbang tarik balik saman bapa budak autisme biar anak pandu kereta sendiri
Permohonan pemberian subsidi dibuka bermula 1 hingga 28 Februari 2025.
Jumlah bantuan yuran pembelajaran itu akan diberikan secara one-off sebanyak RM500 dan tiada had ditetapkan bagi jumlah kanak-kanak autisme dalam satu keluarga yang boleh memohon.
Untuk makluman, permohonan tersebut dibuka bermula 1 hingga 28 Februari 2025.
Ibu bapa dan penjaga boleh layari https://www.jkm.gov.my/uploads/content-downloads/file_20250203095429.pdf untuk mendapatkan borang permohonan berserta garis panduan.
Syarat permohonan adalah seperti berikut:
1.Ibu bapa/ penjaga
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan perkapita tidak melebihi RM2,000 isi rumah
- Kanak-kanak autisme pemegang kad orang kurang upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berusia bawah 18 tahun
– Kanak-kanak autisme mengikuti terapi/program intervensi awal di pusat pembelajaran kanak-kanak austisme bertauliah
2. Pusat pembelajaran kanak-kanak autisme
- Pusat pembelajaran kanak-kanak autisme yang menjalankan terapi/program intervensi awal yang bertauliah
- Melaksanakan program pengesanan awal OKU autisme dan mempunyai elemen terapi pembelajaran, percakapan, kerja dan keperluan autisme. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram