Terbayang wajah menangis ketakutan, ibu dakwa anak autisme dirotan cikgu Taska sampai berbirat


  • Tular
  • Isnin, 27 Jan 2025

Seorang wanita mendakwa anaknya yang merupakan seorang kanak-kanak autisme dipukul dengan rotan oleh seorang guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak baru-baru ini.

SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa dan marah selepas mendakwa anaknya yang merupakan seorang kanak-kanak autisme dipukul dengan rotan oleh seorang guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak baru-baru ini.

Menurut wanita berkenaan, Stilla Joannes, dia terkejut melihat kesan lebam pada badan anaknya selepas pulang dari pusat jagaan tersebut yang tidak didedahkan lokasinya.

"Anak saya kena rotan di daycare (pusat jagaan kanak). Saya terbayang-bayang bagaimana dia mesti menangis ketakutan.

BACA LAGI: [VIDEO] Mayat wanita Indonesia disumbat dalam bagasi, ditemukan tak sempurna ketika buang sampah

BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan

"Kesan rotan itu nampak seperti menggunakan rotan berdiameter kecil dan hayun dengan kuat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook yang mendapat perhatian netizen sejak Ahad.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan ramai ibu bapa, terutama mereka yang mempunyai anak kecil atau anak istimewa.

Ada yang turut berkongsi pengalaman serupa, sementara yang lain menasihatkan Stilla Joannes agar segera membuat laporan polis

Seorang pengguna Facebook, Taujuddin Ismail turut meluahkan rasa kesal dengan keadaan tersebut.

"Sebagai ayah, sukar untuk saya terima kejadian seperti ini. Anak saya juga seorang kanak-kanak autisme, dia memerlukan perhatian khas, bukannya tindakan kekerasan seperti ini.

"Mohon puan ambil tindakan segera dan buat laporan polis," tulisnya.

Kejadian itu, turut menimbulkan persoalan tentang kecekapan pengasuh di taska dan pusat jagaan kanak-kanak dalam menguruskan anak-anak yang memerlukan penjagaan khas, serta pentingnya latihan dan pemahaman terhadap pendidikan anak istimewa.

"ALLAH, sampai berbirat dipukul anak sekecil itu. Macam mana guru atau pengasuh ini jalankan tugas mereka?," soal Marry Anne.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mahupun pihak pusat jagaan kanak-kanak tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram