[VIDEO] Muka tersembam atas trek, juara dunia MotoGP kemalangan di litar Sepang


  • Podium
  • Rabu, 05 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan Jorge Martin tersungkur ketika kejadian di litar Sepang, Selangor pada Rabu. — Facebook

JUARA dunia MotoGP, Jorge Martin dilaporkan cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan pada hari pertama ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor pada Rabu.

Menerusi video tular di media sosial, penunggang berusia 27 tahun itu hilang kawalan sebelum tercampak di selekoh dua litar tersebut.

Martin dilaporkan cedera di kaki kiri dan tangan kanan akibat kejadian itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Lori bawa air mineral hilang kawalan rempuh kenderaan tunggu 'turn' bayar tol, korbankan 8 nyawa di Tol Ciawi

BACA LAGI: Kenaikan gaji minimum daya penarik anak muda bekerja di pasaran tempatan, beri impak positif terhadap ekonomi negara

Dalam video sama, penunggang berasal dari Sepanyol itu juga mengalami hentakan yang kuat pada wajahnya apabila tersungkur ke permukaan litar.

Pelumba itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Martin juga sempat melengkapkan sebanyak 13 pusingan sebelum gagal mengawal motosikalnya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Martin akan meneruskan sesi perlumbaan memandangkan tahap kecederaan yang dialaminya dalam insiden tersebut.

Kemalangan itu juga dikatakan merupakan kali kedua berlaku pada sesi berkenaan selepas seorang lagi pelumba, Pedro Acosta dari pasukan KTM turut terlibat kemalangan kecil pada awal Rabu.

Ekoran ketiadaan Martin, pelumba Yahama, Fabio Quartararo kini mendahului carta bagi sesi ujian masa, mengatasi Marc Marquez. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram