Agilan 'Alligator' Thani bakal berentap dengan rakan seguru Conor McGregor di Nilai


  • Podium
  • Selasa, 04 Feb 2025

Agilan merupakan bekas pencabar ONE Welterweight World Championship dan salah seorang atlet MMA yang paling terkenal di negara ini.

BUAT julung kali peminat seni bela diri campuran (MMA) dapat menyaksikan acara berprestij Kejohanan Fire Cage Fighting (Fire Cage FC) yang dijadualkan berlangsung di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan pada 22 Februari ini.

Menampilkan jagoan Ultimate Fighting Championship (UFC) dan RIZIN, pertarungan bersejarah itu menyaksikan perebutan dua gelaran utama yang tersenarai dalam kalender antarabangsa membabitkan penyertaan jaguh daripada enam negara serta wakil Malaysia.

Wakil Malaysia dalam perlawanan berkenaan adalah jaguh welterweight Malaysia, Agilan Thani. Dia dikenali sebagai bekas pencabar ONE Welterweight World Championship dan salah seorang atlet MMA yang paling terkenal di negara ini.

Agilan atau nama pentasnya 'The Alligator' terkenal dengan aksi luar biasa dan kepulangannya di ibu kota bagi mewakili negara pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat MMA tanah air.

BACA LAGI: [VIDEO] Jojo segak 'catwalk' berbaju Melayu, siap belanja 'shadow boxing' di pentas fesyen Bulan Bintang

BACA LAGI: [VIDEO] Jumpa Johan sebenar, Jojo belum mampu tumbangkan Estupinan di ONE Championship

Jika zaman kini nama Johan Ghazali atau Jojo lebih sering meniti di bibir peminat, Agilan yang kini sudah berusia 30 tahun merupakan individu awal mencipta nama dalam sukan tempur dan bertanding di One FC.

Berdepan pencabar hebat Garath Vaughan, seorang peninju hebat daripada gim SBG iaitu sebuah lokasi terkenal di Ireland, kendalian John Kavanagh, dan melahirkan peninju legenda UFC ternama iaitu, Conor McGregor.

Selain itu, pertarungan kejuaraan Kelas Dunia menjadi acara tumpuan bagi merebut Kejuaraan Dunia Welterweight, menyaksikan legenda MMA Brazil dan veteran UFC, Gleison Tibau berdepan superstar MMA dari Jepun, Kiichi Kunimoto.

WhatsApp Image 2025-02-04 at 15.38.10

Nunes akan berdepan Rolando pada 22 Februari ini.

Bagi gelaran Kejuaraan Dunia Lightweight pula menyaksikan pertarungan bekas jaguh UFC dari Brazil, Diego Nunes yang juga veteran Bellator berdepan bintang Filipina iaitu bekas juara Abu Dhabi Warriors dengan pengalaman di UFC, Rolando Dy.

Untuk rekod, Fire Cage FC membabitkan penyertaan petarung dari enam negara termasuk Brazil, Jepun, Filipina dan lebih istimewa ia berada dalam kalender antarabangsa.

Lebih menarik adalah enam pertembungan tempatan yang diaturkan khas di mana petarung Malaysia akan berpeluang berdepan lawan antarabangsa yang pastinya menjanjikan saingan hebat MMA Malaysia di peringkat global.

WhatsApp Image 2025-02-04 at 15.13.14

Fire Cage FC dijadualkan berlangsung di N9 Arena pada 22 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Emnes Events Sdn Bhd, Ahmad Mustaqiim Ahmad Fauzi berkata, kejohanan itu bukan hanya membawakan bintang antarabangsa, ia juga memberi peluang kepada jaguh Malaysia untuk bertarung di samping antara yang terbaik dalam dunia.

"Fire Cage FC meletakkan satu penanda aras baharu untuk MMA di Malaysia dan kami sangat berbangga untuk mempersembahkan barisan peninju yang pelbagai latar belakang ini.

"Bukan hanya membawakan bintang antarabangsa, acara ini adalah mengenai memberi peluang kepada jaguh Malaysia untuk bertarung di samping antara yang terbaik dalam dunia.

"Fire Cage FC meletakkan satu penanda aras baharu untuk MMA di Malaysia dan kami sangat berbangga untuk mempersembahkan barisan yang pelbagai ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram